Lelaki mengaku salah rogol, liwat pelancong Australia di tanah perkuburan
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen George Town pada Jumaat terhadap dua pertuduhan merogol dan meliwat seorang pelancong wanita warga Australia, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Tertuduh, S Prasanth, 25, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Juraidah Abbas selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil.
Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang wanita warga Australia dan pada masa telah meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah gunting besi kepadanya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736979/berita/semasa/lelaki-mengaku-salah-rogol-liwat-pelancong-australia-di-tanah-perkuburan
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rogol #pelancong