Malaysia, India perkukuh kerjasama strategik pelbagai bidang – Anwar

AWANI 2025-07-07

Views 15

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, mengadakan pertemuan dua hala di sela Sidang Kemuncak BRICS ke-17 di Rio de Janeiro. Kedua-dua negara meneliti potensi besar dalam memperluas kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, teknologi digital, pertahanan, serta hubungan antara rakyat. Malaysia turut mengalu-alukan pelaburan India dalam sektor ekonomi masa hadapan dan menyokong penubuhan kampus IIT di Malaysia. Kedua-dua pemimpin juga menekankan pentingnya keamanan serantau serta menyatakan solidariti terhadap isu Palestin dan Jammu-Kashmir.

Share This Video


Download

  
Report form