Pekerja kedai pancing didakwa bunuh bayi
Seorang pekerja kedai menjual alat memancing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Alor Gajah, pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia 19 bulan, dua minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Isyraf Hifhzan Abdullah, 20, berikutan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian bayi perempuan berusia 19 bulan di tingkat tiga sebuah kedai di Bandar Satelit Pulau Sebang, kira-kira jam 9 malam pada 6 Julai lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739220/berita/semasa/pekerja-kedai-pancing-didakwa-bunuh-bayi
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #bunuhbayi #KarnivalSiangMalam