Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa walaupun Malaysia masih mempunyai kelengkapan, dana dan bantuan kemanusiaan mencukupi untuk Gaza, usaha menyalurkan bantuan sering terhalang oleh sekatan Israel di sempadan Rafah.
Beberapa inisiatif telah diambil melalui Mesir, Qatar dan Jordan, namun kebanyakannya masih tersekat. Malah, ratusan lori bantuan kini tersadai, rosak dan tidak dapat dihantar.
Beliau turut mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan Israel serta kemunafikan negara-negara Barat yang berdiam diri meskipun nyawa kanak-kanak dan bayi terus menjadi korban.
#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat