Hanya 12% saksi dilindungi sepenuhnya – YB Pendang

AWANI 2025-07-22

Views 15

Ahli Parlimen Pendang membangkitkan kebimbangan terhadap keberkesanan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2025 (Akta 711) dan rujukannya kepada Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696), khususnya berkaitan fasal 5 yang memperkenalkan peruntukan baharu.

Beliau memetik laporan SPRM 2023 yang menunjukkan hanya 12% saksi menerima perlindungan menyeluruh, dan mempersoalkan sama ada wujud pilih kasih dalam perlindungan saksi.

“Kes seperti Albert di Sabah perlu jadi pertimbangan utama. Adakah pindaan ini benar-benar memberi perlindungan, atau sekadar hiasan undang-undang?” soalnya.

#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat

Share This Video


Download

  
Report form