JPJ kutip RM6.2 juta hasil saman tertunggak 28 syarikat

AWANI 2025-07-27

Views 14

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM6.2 juta selepas 28 syarikat kenderaan barangan dan pengendali bas ekspres yang disenaraikan JPJ tampil menyelesaikan 34,371 saman tertunggak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan pantas syarikat itu susulan arahan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa ia diselesaikan dalam tempoh 14 hari.

Share This Video


Download

  
Report form