Kehadiran wakil China, AS bukti kepentingan strategik ASEAN

AWANI 2025-07-28

Views 46

Kehadiran Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan Duta Besar Amerika Syarikat, Edgard D. Kagan dalam mesyuarat khas di Putrajaya hari ini membuktikan kepentingan strategik kuasa besar terhadap kestabilan rantau ASEAN.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpandangan, penglibatan dua kuasa besar itu sebagai fasilitator mencerminkan peranan mereka sebagai pemantau seimbang dalam memastikan usaha damai konflik Thailand-Kemboja mencapai kata sepakat.

Share This Video


Download

  
Report form