Malaysia kini berada di ambang "peluang generasi" dalam kecerdasan buatan (AI) dan komited untuk tidak melepaskan peluang ini dengan menetapkan hala tuju yang jelas untuk menerajui ekonomi digital dan tenaga boleh baharu di Asia Tenggara, serta muncul sebagai pemain berpengaruh di peringkat global.
Penekanan akan diberikan kepada penerapan inovasi teknologi tempatan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, khususnya melalui pembangunan aset digital strategik seperti AI, analitik data dan sistem digital kerajaan. Aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) turut dipergiat untuk memperkukuh pengeluaran produk dan perkhidmatan berasaskan "Made by Malaysia".
Langkah ini adalah penting bagi meningkatkan daya saing negara serta membangunkan industri yang mampan dan berimpak tinggi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteraskan kecerdasan buatan.
#AWANInews