YB Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, membangkitkan isu keselamatan di Dewan Rakyat susulan dakwaan YB Pendang mengajak bertumbuk dengan Ahli Parlimen lain dan menggesa tindakan tegas diambil.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan bukti video dan audio sedang dikumpul, dan beliau akan membuat keputusan pada Isnin jika terbukti berlaku tindakan fizikal yang melampaui batas.