Jambatan Huajiang Gorge di Anshun, Guizhou, China bakal menjadi jambatan gantung tertinggi dunia dengan ketinggian 625 meter, mengatasi rekod Duge Bridge sebanyak 71 meter.
Dibina merentasi Sungai Beipan dan dirancang siap hujung 2025, jambatan sepanjang 2,890 meter ini hanya mengambil masa tiga setengah tahun untuk dibina dengan kos sekitar US$300 juta (RM1.38 bilion).
Projek mega ini menggunakan teknologi moden seperti kren kabel berpandukan satelit, simulasi AI, dan pemasangan modular bagi memastikan ketepatan millimeter pada 93 segmen keluli seberat 22,000 tan.
Selain mengurangkan masa perjalanan, jambatan ini juga dijangka merancakkan pelancongan dengan tarikan seperti dek kaca, kafe langit, serta aktiviti ekstrem termasuk terjun 'bungee' dan 'zipline'.
Kini, Guizhou menempatkan separuh daripada 100 jambatan tertinggi di dunia, menegaskan reputasinya sebagai pusat kejuruteraan jambatan global.
#AWANInews