Rakaman bebola api di langit Jepun cetus kekaguman – adakah ini tahi bintang paling terang tahun ini?

AWANI 2025-08-20

Views 415

Kamera papan pemuka di Kumamoto merakam detik bebola api melintasi langit malam Jepun pada Selasa.
Objek terang itu turut dilihat di beberapa kawasan lain di Kyushu dan Shikoku.
Rakaman kedua menujukkan detik bebola api menyinari langit malam di Kagoshima.
Media tempatan NHK melaporkan bahawa "bebola api" tersebut, yang menurut pakar merupakan tahi bintang yang sangat terang, telah dilihat di beberapa bahagian Kyushu dan Shikoku.
#AWANInews

Share This Video


Download

  
Report form