PM arah lawatan menteri, timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengarahkan semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara bagi memastikan tumpuan penuh diberikan kepada persiapan Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu, bagaimanapun terkecuali bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747396/berita/nasional/pm-arah-lawatan-menteri-timbalan-menteri-ke-luar-negara-dihentikan-sementara
#SinarHarian #Beritasemasa #lawatanmenteri #PM