APEL buka ruang pendidikan tinggi, pengalaman kerja kini diiktiraf

AWANI 2025-09-11

Views 31

APEL atau Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu kini menjadi trend baharu pendidikan tinggi apabila semakin ramai individu berpengalaman kerja memilih laluan ini untuk menyambung pengajian. Ketua Unit APEL UKM, Ridzwan Dzulkifle berkata APEL membuka akses luas ke universiti tanpa perlu melalui kelayakan akademik konvensional. Timbalan Pengarah Dasar Akademik & APEL UKM, Prof. Madya Dr. Zariyantey Abd Hamid pula menjelaskan UKM menawarkan tiga laluan APEL utama: APEL.A, APEL.C dan APEL.Q , dengan kaedah penilaian portfolio, pengesahan tempat kerja, ujian kemahiran dan projek kecil.

Share This Video


Download

  
Report form