Korea berisiko krisis jika ikut tuntutan AS

AWANI 2025-09-22

Views 17

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung memberi amaran bahawa ekonomi negaranya berisiko terjerumus ke dalam krisis setanding krisis kewangan Asia 1997 sekiranya kerajaan menerima tuntutan Amerika Syarikat dalam rundingan perdagangan tanpa jaminan perlindungan. Rundingan melibatkan pelaburan AS$350 bilion sebagai pertukaran kepada penurunan tarif oleh Presiden Donald Trump masih tertangguh akibat pertikaian cara pelaburan diuruskan. Lee akan mengangkat isu ini semasa lawatannya ke New York untuk berucap di Perhimpunan Agung PBB dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan.

Share This Video


Download

  
Report form