Bonda Tengku Permaisuri Selangor mangkat pada usia 82 tahun

AWANI 2025-09-28

Views 331

Bonda kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, iaitu Hajah Esah Tahar, mangkat pada jam 5.15 pagi Ahad, 28 September 2025, di sebuah hospital di Damansara akibat sakit tua. Allahyarhamah berusia 82 tahun. Menurut kenyataan rasmi Selangor Royal Office, jenazah Allahyarhamah akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Zohor pada hari yang sama.

Share This Video


Download

  
Report form