Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua inovasi daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu penghasilan propelan peluru dan TactiDron.