Guru silat tidak mengaku cabul dua remaja

Sinar Harian 2025-11-14

Views 5.1K

Seorang guru silat berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua remaja perempuan yang juga pelajarnya berusia 14 dan 15 tahun di Mahkamah Sesyen Melaka, pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Yusof Omar, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua tiga pertuduhan yang dibacakan di mahkamah berasingan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756637/berita/semasa/guru-silat-tidak-mengaku-cabul-dua-remaja

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #GuruSilat #CabulDuaRemaja

Share This Video


Download

  
Report form