Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, yang mewakili Jabatan Perdana Menteri, menafikan dakwaan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyekat pemberian sebarang bantuan kepada mangsa banjir.
Menurut beliau, tanggapan tersebut berpunca daripada salah faham, kerana setiap bentuk bantuan yang diterima perlu diselaraskan terlebih dahulu di peringkat sekretariat sebelum diagihkan ke kawasan yang terjejas. Penyelarasannya penting bagi memastikan bantuan sampai kepada pihak yang memerlukan dengan teratur dan mengikut keutamaan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat