145 maut, 3.5 juta terjejas

AWANI 2025-11-28

Views 60

Hatyai kekal lumpuh selepas banjir besar menenggelamkan kawasan selatan Thailand, dengan 145 korban dan lebih 3.5 juta penduduk terjejas. Bandar itu masih dipenuhi lumpur dan sisa banjir, manakala ramai penduduk bergelap tanpa elektrik. Hujan ekstrem sebanyak 630 mm dalam tiga hari menyebabkan air dari kawasan perbukitan melimpah ke dataran rendah yang padat penduduk. Fenomena hujan dipacu sistem siklon dan ribut tropika jarang berlaku di Selat Melaka turut memburukkan keadaan di Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Share This Video


Download

  
Report form