Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan terhadap dua individu utama dalam kes rasuah melibatkan Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei telah selesai dan kedua-duanya akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki memaklumkan bahawa selepas siasatan intensif yang diselesaikan dalam tempoh seminggu, kedua-dua mereka akan berdepan lima pertuduhan masing-masing di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.