Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang dituduh bersuhabat menerima rasuah mendakwa, kes terhadapnya mempunyai unsur campur tangan politik kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa.
Walaupun mengakui dirinya bukan antara wakil rakyat yang paling lantang di Dewan Rakyat, beliau berkata, pendakwaan hari ini mungkin disebabkan tegurannya terhadap kerajaan dalam beberapa isu sebelum ini.