RODA PANAS NEWS : QJMOTOR DRAGSTER 700

Roda Panas 2025-12-09

Views 8

QJMotor Dragster 700, Kerjasama Itali–China yang Mula Menampakkan Arah Pasaran

Dalam sesi media trip MForce di Zhejiang, kemunculan Italjet Dragster 700 di kilang QJMotor, Taizhou menimbulkan banyak persoalan. Namun hasil tinjauan dan maklumat industri mengesahkan bahawa model ini dibangunkan melalui kerjasama rasmi antara Italjet dan QJMotor, dengan pemasangan dilakukan di fasiliti QJMotor untuk pasaran China.

Model ini berkongsi asas mekanikal yang sama dengan keluarga enjin QJ/Benelli seperti TRK702, SRT700 dan SRV700 iaitu enjin parallel-twin 698 cc DOHC, 8-valve, 270° crank yang menghasilkan kira-kira 68 hp dan 70 Nm. Perkongsian teknologi ini menjelaskan kehadiran Dragster di bawah bumbung QJMotor.

Lebih signifikan, dokumen VTA yang difailkan di China mengesahkan kehadiran QJMotor Dragster 700, iaitu versi rebadge yang mengekalkan reka bentuk Dragster tetapi disesuaikan untuk pasaran lebih besar.

Perbezaan utama kedua-dua versi:
Italjet Dragster 700 — transmisi manual 6-kelajuan, suspensi Öhlins, komponen premium.
QJMotor Dragster 700 — dijangka menggunakan AMT (Automated Manual Transmission) dengan pertukaran gear melalui butang di handlebar; tanpa komponen Öhlins untuk mengekalkan harga lebih kompetitif.

Kombinasi platform skuter “hyper-scooter” Itali dengan teknologi enjin QJMotor menjadikan Dragster 700 antara projek dua benua paling menarik ketika ini yang membawa DNA agresif Dragster kepada pasaran yang lebih luas.

Dengan perkembangan ini, tidak mustahil model tersebut akan dipertontonkan lebih dekat kepada pengguna Malaysia dalam masa terdekat.

Agak-agak berapa anggaran harga QJMOTOR DRAGSTER 700 ini jika masuk ke pasaran Malaysia?

#rodapanasmy #rodapanas #rodapanasmalaysia #MFORCEMALAYSIA #mforce

Share This Video


Download

  
Report form