Dalam era digital, usahawan mikro wanita perlu melengkapkan diri dengan kemahiran digital selain kebolehan berniaga. Penggunaan platform seperti TikTok dan WhatsApp Business, serta aplikasi pengurusan kewangan, menjadi faktor penting untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan kekal berdaya saing.
Dalam Awani Pagi kali ini, kami membincangkan “Memperkasa Usahawan Mikro Wanita Perak” bersama Prof. Dr. Anna Azriati Che Azmi, Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, serta Norsadlina Mohammed Syed, peserta program dari Taiping, yang berkongsi pengalaman memanfaatkan kemahiran digital hasil program pemerkasaan wanita anjuran Universiti Malaya dan Wanita Perak.