Dinamik pasaran global, tekanan isu kelestarian serta perubahan corak permintaan dunia kini meletakkan industri minyak kelapa sawit Malaysia pada fasa transformasi yang kritikal. Dalam Awani Pagi kali ini, kami mengupas “Hala Tuju Industri Sawit Malaysia: Potensi, Cabaran dan Strategi Masa Depan” bersama Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, bagi membincangkan cabaran semasa, potensi baharu merangkumi inovasi, bioekonomi dan produk hiliran, serta strategi memastikan daya saing dan kelestarian industri sawit dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.