Seorang lelaki warga emas didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di Kulai pada Rabu selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kereta yang bukan milik kenderaan tersebut pada awal bulan ini.
Long Sa Kow, 64, yang merupakan pemastautin tetap Singapura selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret R. Salini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763963/berita/semasa/ubah-suai-nombor-plat-kereta-singapura-isi-ron95-warga-emas-didenda-rm9000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RON95 #subsidi