Pengukuhan ringgit ke paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun mencetuskan persoalan penting mengenai asas sebenar ekonomi Malaysia. Adakah momentum ini dipacu oleh kekuatan struktur domestik, keyakinan pelabur terhadap peranan Malaysia dalam rantaian bekalan AI dan pusat data, atau sekadar kesan kelemahan dolar Amerika Syarikat? Niaga AWANI membincangkan implikasi terhadap pelaburan asing, daya saing pengeksport dan PKS, serta kemampanan reformasi ekonomi bersama Penganalisis Ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid.