Nelayan warga emas ditemui lemas selepas terjatuh ke laut di Pengerang

AWANI 2026-02-02

Views 27

Seorang nelayan berusia 77 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke laut ketika memasang jaring di Yard Kampung Tanjung Che Lahom, Pengerang. Barangan peribadi dan bot milik mangsa ditemui hanyut dengan enjin masih hidup. Mangsa ditemukan pada 7.20 malam kira‑kira 200 meter dari pesisir pantai. Operasi SAR ditamatkan pada 7.55 malam.

Share This Video


Download

  
Report form