Isu demografi kaum tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menolak reformasi pentadbiran Kuala Lumpur, apatah lagi apabila orang Melayu kekal sebagai antara kumpulan terbesar di ibu kota.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, polemik ini menjadi lebih rumit apabila ia dikaitkan dengan agenda kononnya DAP bakal meraih keuntungan, sedangkan realiti politik semasa menunjukkan Perikatan Nasional (PN) juga semakin berpotensi mengukuhkan pengaruh di ibu negara.