Kemalangan enam kenderaan akibat kanak-kanak buka pintu kenderaan

AWANI 2026-02-08

Views 17

Tindakan itu mengakibatkan seorang penunggang motosikal jenis Suzuki V-Strom SX yang sedang bergerak di antara lorong tidak sempat mengelak lalu melanggar pintu kenderaan berkenaan sebelum hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain

Penunggang Suzuki V-Strom SX berusia 25 tahun mengalami kecederaan patah tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala penunggang CFMOTO berusia 30 tahun mengalami cedera ringan.

Pemandu empat kenderaan lain iaitu Toyota Corolla Cross, Honda City, Volkswagen Polo dan Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa cermat dan tidak bertimbang rasa.

Share This Video


Download

  
Report form