Pensyarah politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Mohd Faisal Syam Abdol Hazis percaya visi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk memerangi rasuah punca popularitinya melonjak.
Bagaimanapun, katanya, cabaran sebenar adalah tindakan Adenan mengotakan janji-janjinya bertindak ke atas dakwaan rasuah, termasuk ke atas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud yang menjadi ketua menteri sebelum ini.