Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat buat sementara waktu akses ke laman web pemberi maklumat yang berpangkalan di London, Sarawak Report, setelah menerima maklumat dan aduan dari orang ramai.
Dalam satu kenyataan akhbar, SKMM berkata ia menerima aduan bahawa laman web itu memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan