Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setakat Ogos lalu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata tindakan itu hasil kerjasama kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC.