Laman web WikiLeaks mededahkan Amerika Syarikat terus mencabuli kedaulatan negara lain termasuk sekutu rapatnya apabila dilapor mengintip tiga Presiden Perancis.
Pengintipan terhadap tiga presiden Perancis itu berlaku dalam tempoh enam tahun iaitu bermula 2006 hingga 2012. Selain Francois Hollande yang kini memimpin kerajaan Perancis, turut menjadi mangsa adalah bekas Presiden, Jacques Chirac dan Nicolas Sarkozy.