PAS hari ini mendesak Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk menarik balik semua ucapan provokasinya dan tohmahan yang mengaitkan Islam dengan keganasan.
Perkara itu merupakan salah satu tuntutan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam satu memorandum bantahan yang kepada Kedutaan Besar Perancis hari ini.
Terdahulu, Macron menggambarkan Islam sebagai 'agama dalam krisis', susulan serangan seorang pelampau agama yang memenggal kepala seorang guru di negara itu kerana mempamerkan kartun Nabi Muhammad.