Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang membawa tiga parti berlainan ideologi duduk semeja - kekal optimis dengan masa depan pembangkang sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur.
Dalam satu perutusan melalui peguamnya, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, percaya pembangkang dan NGO akan lebih kuat selepas "disusun semula dengan kekuatan baru".