Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebab untuk orang ramai takutkan beliau selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke dialog bertajuk "Nothing to Hide" berkaitan 1MDB di Kuala Lumpur hari ini.
Bercakap pada sidang media, selepas ucapannya dihalang oleh polis, katanya, beliau hanya seorang rakyat biasa dan kehadirannya pada majlis itu tanpa membawa sebarang senjata pun.