Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata krisis keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada sikap perdana menteri, sendiri yang tidak ada ketegasan dalam membuat keputusan.
Sikap ini, menurutnya, menjadi punca rakyat hilang keyakinan terhadap kepimpinan Najib, berbanding dengan kepimpinan semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui negara yang menjadikan tokoh itu disanjung oleh rakyat.