Selepas beberapa siri siasatan dan tangkapan ke atas pemimpin PKR dan DAP, hari ini giliran pemimpin PAS pula diarah hadir ke Balai Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan mengenai himpunan #KitaLawan pada Mac lalu.
Mereka adalah Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.