Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menagakui bukanlah mudah baginya menulis blog kali ini yang membidas Datuk Seri Najib Razak dan mendedahkan kepincangan pentadbirannya.
Sambil menegaskan bahawa beliau masih belum nyanyuk walaupun sudah berusia 90 tahun, katanya beliau terpaksa menulis blog berhubung perkara itu memandangkan ramai ahli dan pemimpin Umno yang setia secara buta tuli kepada pemimpin.