Anwar hilang kelayakan Ahli Parlimen Permatang Pauh

KiniTV 2015-08-06

Views 12

Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan pada 16 Mac lalu.

Dengan perkembangan itu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Asmabi Mohamad juga menolak permohonan Anwar bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri yang tidak membenarkannya hadir sidang Parlimen.

Bagaimanapun keluarga Anwar mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan itu.

Share This Video


Download

  
Report form