Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz hari ini mendakwa majoriti daripada 42 anggota parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Nazri, akuan bersumpah yang ditandatangani 25 ahli parlimen BN merupakan 'akuan mandat' kepada Hishammuddin Hussein jika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/580093