Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri hari ini mengakui di Dewan Rakyat bahawa kerajaan mengendalikan satu 'road-show' atau kempen jelajah 'mendedahkan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, kempen pertama diterajui oleh peguam kanan Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah manakala yang lain dibuat atas permintaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).