Menteri Besar Selangor Azmin Ali menganggap isu perlantikan exco kerajaan negeri sudah selesai dengan pengagihan tiga kerusi kepada PAS.
Diminta mengulas kenyataan PAS Selangor bahawa parti itu tidak pernah bersetuju kerusi exco miliknya dikurangkan, Azmin berkata, mereka perlu menghormati pimpinan tertinggi PAS yang memberikan persetujuan berkenaan.