Bekas Ketua Penerangan PKR Ruslan Kassim mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara licik mengatur strategi dengan menempatkan orang-orangnya di pelbagai peringkat parti PAS.
Bercakap di portal Umno Online, katanya, tindakan berkenaan untuk memastikan beliau mendapat sokongan yang menyeluruh di peringkat akar umbi mahupun di peringkat tertinggi PAS.