Polis tahan dua lagi peserta sukaneka bogel

KiniTV 2015-08-10

Views 8

Polis menahan dua lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam pesta sukaneka bogel di Pantai Teluk Kampi di kawasan Taman Negara Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, lelaki pertama yang berasal dari Singapura dipercayai terlibat dalam pesta itu sebagai jurukamera.

Dia kini direman sehingga 17 Ogos ini selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Rabu lalu.

Share This Video


Download

  
Report form