Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri terbabit dengan kegiatan Sukaneka Bogel yang didakwa diadakan di Teluk Bahang.
Katanya, sedangkan kasino tidak dibenarkan beroperasi di negeri berkenaan, apa lagi aktiviti seumpama itu.
Beliau mengulas rakaman video bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014' yang kini tersebar di media sosial dan dakwaan sesetengah blog Umno yang cubat mengaitkannya dengan kerajaan negeri.