Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Mujahid Yusof menolak konsep mengutamakan orang Melayu bagi memimpin umat Islam di Malaysia seperti digagaskan oleh Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam bukunya "30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat".
Malah, katanya, anggapan bahawa Islam hanya untuk orang Melayu adalah satu kesilapan.