'Melayu ni bukan semua dengan PAS, Umno sahaja'

KiniTV 2019-03-05

Views 6.9K

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tampak tidak risau dengan kerjasama Umno dan PAS yang kian erat dan menurutnya tidak semua orang Melayu menyokong dua parti itu."Melayu ini bukan semuanya dalam PAS dan Umno. Dalam PKR ada, persatuan pun ramai, bukan ahli (mana-mana parti) pun ramai."Apa yang penting bukan perpaduan Melayu saja, tetapi memantapkan kedudukan Islam, martabatkan bahasa (Melayu) dan menjaga kepentingan semua kaum di negara kita," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.Beliau diminta mengulas pertemuan rasmi antara pemimpin utama Umno dan PAS di PWTC - ibu pejabat Umno - hari ini.Pertemuan itu dilihat sebagai langkah ke arah kerjasama yang lebih formal antara dua parti itu.Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kaukus reformasi dan tadbir urus parlimen.

Share This Video


Download

  
Report form