Kira-kira 500 peneroka dan pekebun kecil hari ini membuat bantahan di luar bangunan Parlimen.
Mereka menuntut supaya diberikan lesen MPOB bagi melayakkan mereka menerima skim insentitif tanaman semula kelapa sawit.
Antara yang hadir itu, termasuk daripada peneroka Felda Keratong 1 hingga 10, Jengka, Selendang 1 dan 2, Kemahang, Bera, Chini dan Selancar.