Ribuan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama terpaku di hadapan peti televisyen sehingga larut malam untuk menyokong pasukan badminton kebangsaan Malaysia yang beraksi menentang Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas, semalam.
Walaupun tewas 3-2, ramai yang berbangga dengan pencapaian pasukan Malaysia.